Sunday 13 April 2014

SIAPE SEBENARNYA PEMEGANG PASSPORT BOC YANG MENJADI PENGKHIANAT NEGARA

1. Dalam era 70 an, selepas peristiwa 13 Mei, kaum Cina sudah menanam kebencian dalam jiwa mereka terhadap Malaysia. Tambahan pula, Tun Abdul Razak telah menggagaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kaum Cina berasa cemburu dan bercadang untuk menghantar anak mereka belajar di luar negara dan akhirnya meninggalkan Malaysia.

2. Kaum Cina telah mengkaji sistem kerakyatan negara maju seperti United Kingdom dan di negara Asia yang lain seperti Taiwan dan Hong Kong. Mereka mendapati UK adalah negara berpotensi besar memberi kerakyatan kepada rakyat negara lain apatah lagi British merupakan bekas penjajah Tanah Melayu yang menyediakan kemudahan passport BOC kepada rakyat jajahannya (Commonwealth).

Saturday 5 April 2014

Atas Dasar Seluruh Dunia Perlu Tahu Kebenaran -- Kerajaan Barisan Nasional Tidak Pernah Terlibat Atau Mencipta Kes Liwat Anwar Ibrahim.

Atas Dasar Seluruh Dunia Perlu Tahu Kebenaran -- Kerajaan Barisan Nasional Tidak Pernah Terlibat Atau Mencipta Kes Liwat Anwar Ibrahim. Karpalsingh Pembongkar Rahsia Liwat Anwaribrahim. -Karpalsingh Yang Desak Tun Mahathir Untuk Siasat Anwaribrahim. Saya akan serahkan Bukti Hansard Parlimen--Karpalsingh Pembongkar Rahsia Anwar & Mendesak Tun Mahathir Untuk Menyiasat Anwaribrahim Kepada Presiden Amerika Barack Obama Pada 7hb April 2014--11.30pagi di Kedutaan Amerika,Jalan Tun Razak.Kuala Lumpur ---Semua di jemput Hadir
Invited by Ramesh Rao Krishnan Naidu

Friday 4 April 2014

Anwar!! Sila Terangkan Apa Maklumat Kerajaan Sembunyi Dalam Isu MH370?

Anwar!! Sila Terangkan Apa Maklumat Kerajaan Sembunyi Dalam Isu MH370?

Anwar mendabik dada mendakwa dia lebih layak menguruskan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lepas.

Kononnya BN tidak menguruskan tragedi ini dengan baik dan menyembunyikan maklumat – tanpa menjelaskan apakah dia maklumat yang disembunyikan.

Yang penulis tahu, Anwar tu yang sebenarnya banyak berahsia dalam hal ini, terutama hubungan kekeluargaannya dengan juruterbang pesawat tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Penulis tak lupa Anwar ini kaki hasut. Semasa reformasi 1998, diakui sendiri oleh bekas-bekas pemimpin PKR seperti Zulkifli Nordin, ada cubaan untuk bakar Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam perasmian Sukan Komanwel.

Ada juga cubaan untuk membunuh Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir dengan membakar kediaman rasminya di Seri Perdana (lama). Nasib baik polis sempat gagalkan semua cubaan tersebut, kalau tidak huru hara negara kita.

Malah, Anwar boleh hasut beribu-ribu orang untuk turun ke jalan raya mempertahankan dirinya yang konon dianiayai kerajaan dalam kes dia meliwat Saiful walaupun fakta menunjukkan DNA dari air mani Anwar ditemui sejauh 4 cm dalam dubor Saiful.

Hudud Liwat Anwar?

Rupanya ada juga pasrasit yang membaca tulisan saya semalam berkaitan hudud qazaf Saiful dan bertanya soalan; mengapa Anwar tidak dikenakan pertuduhan mengikut undang-udang hududkerana meliwat Saiful?

Mereka yang menimbulkan persoalan ini cuba menimbulkan persepsi bahawa jika Anwar dikenakan pertuduhan hudud kerana meliwat Saiful, pasti dia akan dibebaskan kerana Saiful tiada empat (4) saksi. Itu tujuan dan maksud mereka.

Persoalan yang sama pernah dibangkitkan oleh kaum aktivitis womens lib yang mendakwa ketiadaan empat (4) orang saksi akan menyebabkan wanita teraniaya dan dizalimi kerana mereka tidak akan dapat mengemukakan empat (4) orang saksi bagi membuktikan sebarang pertuduhan merogol terhadap mereka.

Malah bukan itu sahaja, kaum wanita akan teraniaya kerana akan dikenakan pula tindakan qazaf kerana menuduh seorang lelaki merogol mereka tanpa empat (4) saksi!

Atas sebab inilah para pejuang kebebasan wanita, women’s liberator, mendakwa undang-undang Islam zalim dan tidak melindungi dan menghormati hak wanita.

Pada saya, kedua-dua kenyataan diatas, samada oleh pasrasit ataupun women’s lib, dibuat atas sebab kejahilan dan kurangnya mendalami perundangan Islam.

Pembangkang Patut Cermin Diri Sebelum Dakwa Kerajaan Sembunyi Maklumat Kehilangan MH370

KUALA LUMPUR, 4 April – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas dan diminta cermin diri terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata bukankah ‘jam omega’ juga menjadi misteri sehingga kini yang tidak mampu dirungkai dengan sejelas-jelasnya kepada masyarakat umum.

Menurut beliau dakwaan terbaru Anwar mengenai kehilangan pesawat MH370 bukanlah sesuatu yang baru dan bukanlah perkara yang cukup ajaib untuk diperkatakan dan diperbahaskan.

“Rasa-rasanya misteri jam omega lagi ajaib kerana sepengetahuan saya, ianya masih tidak ditunjukkan kepada umum. Jadi tidak perlulah beliau bercakap secara lanjut mengenai pesawat MH370 itu. Cerminlah diri terlebih dahulu sebelum ghairah membuat pelbagai dakwaaan.

Tiang Rumah Kos Rendah Tak Naik-naik, Yang Naik Surcaj Air Di Pulau Pinang

BALIK PULAU, 4 April – Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad membidas cadangan kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP untuk menaikan surcaj air yang menurut beliau hanya akan menambahkan lagi membebankan penduduk  di negeri tersebut khususnya masyarakat di luar bandar.

Menurut beliau,  sepatutnya kerajaan negeri memikirkan terlebih dulu rancangan untuk membina rumah-rumah kos rendah yang sememangnya amat-amat diperlukan oleh penduduk yang berpendapatan rendah di negeri tersebut.

“Kalau nak lihat contoh kebijaksanaan pemerintahan DAP, lihatlah di Pulau Pinang. Inilah contoh kerajaan yang kononnya prihatin terhadap nasib rakyat bawahan. Dulu mereka kata nak bina rumah kos rendah, tetapi hingga kini sudah lima tahun berlalu, tiang rumah kos rendah itu pun tak nampak.

“Sedangkan duit, tanah dan  juga kelulusan ada di tangan mereka. Hari ini mereka berkuasa. Kalau benar-benar kerajaan DAP mahu bantu rakyat marhain, maka sudah lama kerajaan bina rumah kos rendah untuk membantu meringankan beban rakyat.

“Tapi nampaknya, mereka lebih gemar untuk mengikut nafsu pemaju membina rumah-rumah mewah yang tidak mampu dimiliki oleh majoriti rakyat di negeri ini. Inilah kebijaksanaan DAP memerintah, yang hanya tahu mengikut nafsu mereka tetapi tidak pedulikan kehendak dan kesengsaraan rakyat kebanyakan,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut menyentuh tindakan kerajaan negeri yang bertindak merobohkan gerai-gerai peniaga di situ tanpa memberikan sebarang alternatif lain untuk mereka terus dapat menjalankan perniagaan bagi mencari sesuap nasi.

Tuesday 1 April 2014

Bahasa Pembangkang jangan politikkan isu kenaikan harga barang..!

Pihak pembangkang diminta supaya tidak terus mempolitikkan isu kenaikan harga barang dengan memberi gambaran kepada rakyat seolah-olah negara sedang berhadapan dengan masalah ekonomi.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata pihak pembangkang sepatutnya turut bersama-sama mencari jalan untuk membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan harga barang dan bukan hanya mengkritik kerajaan.

"Mereka nak dapat dari segi sokongan rakyat semata-mata, tidak mahu selesaikan masalah rakyat.

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keterangan/Hujah: 
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.