Thursday 22 May 2014

Kaum Cina dan India Berhenti Persoalkan Mengenai UITM.!

Pada tahun 1956 masa mula 2 Dewan latihan RIDA ditubuhkan adalah bertujuan untuk mendidik orang orang melayu cara bertani, menjahit, membuat pukat, membuat jala, menjadi jadi nelayan, membuat bakul, dan membuat kerja kira kira yang mudah, tak pulak ada yang pertikai dan kecoh nak masuk, semua pakat masuk Universiti Malaya.

Tujuan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan adalah bagi membantu orang 2 melayu untuk menaikkan taraf kehidupan pada masa itu. British berpendapat, memadailah dengan mengajar mereka (melayu) skil yang terhad supaya mereka boleh menjadi peon, atau kerani.

Apabila Dewan Latehan RIDA ditukar nama menjadi Maktab MARA pada 1965 tidak seorang Cina atau India mempertikaikan penubuhannya, semua pakat masuk UM, USM, UPM, UKM dll.

Apabila Maktab MARA ditukar nama menjadi ITM pada tahun 1967, mereka 2 yg masuk ITM seringkali dicerca, dihina, katanyer third class graduand, graduan jamban, tak dak sapa persoalkan ITM.

Politik oh Politik...Kejadian ini berlaku di Afrika


Demi politik.... Demi undi... Kesian bilaku perhatikan.. Hilang prinsip, hilang gah, hilang nilai perjuangan, skrg semua dah boleh gamaknya.. agaknya dah x mgapa kalau x bertudung malah kalau tolak hudud terang2 pun dah boleh bekerjasama...politik oh politik...Kejadian ini berlaku di Afrika, tiada kena mengena dgn Malaysia, harap maklum.

Sumber:- Ustaz Mohd Kazim Elias

Saturday 3 May 2014

Imam Muda Fitnah Dalam khutbah Jumaat Masjid Daerah Kinta Batu Gajah

Batu Gajah - sebagai imam harus bertutur perkataan yang baik, bercakap perkara yang benar,  imam juga harus menunjukan contoh tauladan yang baik” baru lah dicontohi oleh masyarakat”. Di dalam khutbah Jumaat baru-baru ini bukan saja baru-baru ini, tapi sudah kerap kali, bila berkhutbah Jumaat imam muda ini konon nya alim sesangat di lihat begitu taksud kepada ajaran PAS yang menyesatkan. Di dalam khutubahnya menyatakan diselit-selitkan:-
1)      Pembaziran kerajaan menampung pembelanjaan Panda
2)      Cina DAP Menyokong HUDUD
3)      Memburukan bekenaan GST
4)      Menyindir Sultan
Adakah perkara di atas yang dimasukan dalam khutbah Jumaat berkenaan itu BENAR? Harap JAIPk Dapat Mengambil Tindakan ke atas imam muda ini… Kalau nak ceritakan keburukan di Masjid Daerah KINTA Batu Gajah ni, banyak lagi ceritanya nantikan lah cerita yang seterusnya “kita pecah lubang siapa sebenarnya di MASJID Batu GajahJ”…