Pada tahun 1956 masa mula 2 Dewan latihan RIDA ditubuhkan adalah
bertujuan untuk mendidik orang orang melayu cara bertani, menjahit, membuat
pukat, membuat jala, menjadi jadi nelayan, membuat bakul, dan membuat kerja
kira kira yang mudah, tak pulak ada yang pertikai dan kecoh nak masuk, semua
pakat masuk Universiti Malaya.
Tujuan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan adalah bagi membantu orang 2
melayu untuk menaikkan taraf kehidupan pada masa itu. British berpendapat,
memadailah dengan mengajar mereka (melayu) skil yang terhad supaya mereka boleh
menjadi peon, atau kerani.
Apabila Dewan Latehan RIDA ditukar nama menjadi Maktab MARA pada 1965
tidak seorang Cina atau India mempertikaikan penubuhannya, semua pakat masuk
UM, USM, UPM, UKM dll.
Apabila Maktab MARA ditukar nama menjadi ITM pada tahun 1967, mereka 2
yg masuk ITM seringkali dicerca, dihina, katanyer third class graduand, graduan
jamban, tak dak sapa persoalkan ITM.
Bila ITM ditukar nama menjadi UiTM, pada tahun 2000, tak dak sapa
kesah, masih lagi dilabel third class universiti. Ramai yang menperli dan
mengatakan UiTM lambakan pelajar SPM pangkat 3 dan kebawah. Ditertawakan oleh
ramai pihak.
La nie, UiTM muncul menjadi Institusi Pengajian Tinggi yang tersohor
yang menawarkan program 2 peringkat profesional (Medic, Engineering,
Hospitality and Tourism, Education, Architecture, Banking, Accounting, dll),
baru korang orang Cina dan India sebok nak kacau masuk UiTM, katanyerrr tak
adil, tak saksama, kenapa org Melayu dan Bumiputra je yang boleh masuk UiTM.
Ahli parlimen IPOH barat persoal ranking uitm yg berada pada 700 dalam
ranking QS. Untuk perhatian YB, UiTM tidak mengejar ranking kerana UiTM
mempunya objektif yg sangat sangat berbeza dari Research University (RU) di
Malaysia yang lain. Kalau berada di Ranking Dunia tetapi graduannya acapkali
dinafikan semasa temuduga, apa nilai sebuah Ranking. Terang cakap
kebolehpasaran graduan UiTM tersangat tinggi (the degree of marketability).
Satu perkara lagi Ranking yg dicipta oleh negara barat, mempunyai
agenda yg tersendiri, depa yang ada ranking cuma mengambil pelajar yang terbaik
dari segi akademik, pelajar yg mempunyai kebolehan akademik yang sederhana
ditolak mentah 2, disitu berlaku DISKRIMINASI. Ini terjadi diuniversiti dalam
dan luar negara. Alih alih UiTM jugak yang amik depa depa nie.
Pendekatan yang diambil oleh UiTM amat berbeza daripada Universiti
lain. Falsafah UiTM berbeza dimana UiTM percaya bahawa setiap manusia jikalau
diberikan peluang pasti akan menyinar. Dengan kata lain "Polishing Stone
into Diamond".
YB Ipoh barat lagi mempersoalkan tentang perbelanjaan UiTM yang
mencecah 3.5 Billion setahun. Untuk pengetahuan YB, jumlah tersebut bukan untuk
UiTM Shah Alam sahaja, ia meliputi belanja mengurus untuk 12 kampus negeri
diseluruh negara, dan juga 5 kampus satelite, 10 kampus bandar. Dengan itu,
setiap kampus hanya mendapat sedikit bahagian dari jumlah tersebut.
Satu perkara lagi, kerajaan membelanjakan lebih dari 20 billion untuk,
UM, UPM, UTM, UUM, UMS, UNIMAS, UIA, USM, UIA dan lain lain universiti negeri,
Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Bersekutu, UNIVERSITY PERTAHANAN, UNIVERSITY
TUN HUSSIEN ONN, UNIVERSITY TUN ABDUL RAZAK, DLL. Semuanya dibawah tanggungan
kerajaan dan Orang 2 Cina dan India semua dibenarkan masuk disitu. Dengan itu
tuntutan anda untuk masuk ke UiTM tidak masuk akal.
Dengan itu pada kaum Cina dan India berhenti mempersoalkan hal 2
mengenai uitm. Semua universiti, swasta atau awam membenarkan anda masuk
kecuali UiTM. Kalau nak masuk UiTM pun boleh melalui Intec anak syarikat uitm.
Syllabus yg sama, pengiktirafan yg sama.
Dengan itu tolong berhenti mempersoalkan kenapa anda tidak boleh masuk
UiTM.
Sign off. Johan
No comments:
Post a Comment