Tuesday 14 October 2014

DAP GAGAL URUS BANJIR DI PULAU PINANG


Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakui gagal menyelesaikan masalah banjir yang berulang di negeri itu walaupun telah melaksanakan beberapa projek tebatan. Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kegagalan itu disebabkan pelbagai faktor seperti reka bentuk dan sistem perparitan dibina tidak sesuai selain faktor hujan lebat luar biasa.

Beliau berkata juga berhadapan dengan kekangan kewangan kerana untuk melaksanakan projek ini menelan belanja terlalu tinggi seperti Daerah Barat Daya yang memerlukan RM 600juta bagi melengkapkan projek tebatan banjir dan sistem peparitan. 

Pihaknya akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek tebatan banjir tesebut. Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Negeri mengakui kerajaan negeri berdepan dengan masalah kewangan dan Kerajaan Pusat tidak berdiam diri apabila turut menghulurkan bantuan.


Ternyata ini adalah satu kegagalan besar Lim Guan Eng yang dengan bongkak sekali mengatakan sekiranya mereka memerintah Negeri Pulau Pinang dengan masalah banjir dapat diatasi dengan mudah sekali.

Lim Guan Eng juga dengan bongkaknya mengatakan "We Promise. If We Win In Pahang and If We Win In Putrajaya, Give Us One Term and FLOODS In Pahang Will Be Resolved", didalam Konvensyen DAP di Shah Alam. Di Pulau Pinang tidak dapat diselesaikan mahu berjanji di negeri yang lain pula. Sedangkan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak perlu menunggu untuk mendapat kuasa untuk berbuat sesuatu kerana beliau telahpun berkuasa.

No comments:

Post a Comment