Anwar!! Sila Terangkan Apa Maklumat Kerajaan Sembunyi Dalam Isu MH370?
Anwar mendabik dada mendakwa dia lebih layak menguruskan tragedi
kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lepas.
Kononnya BN tidak menguruskan tragedi ini dengan baik dan
menyembunyikan maklumat – tanpa menjelaskan apakah dia maklumat yang
disembunyikan.
Yang penulis tahu, Anwar tu yang sebenarnya banyak berahsia dalam hal
ini, terutama hubungan kekeluargaannya dengan juruterbang pesawat tersebut,
Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Penulis tak lupa Anwar ini kaki hasut. Semasa reformasi 1998, diakui
sendiri oleh bekas-bekas pemimpin PKR seperti Zulkifli Nordin, ada cubaan untuk
bakar Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam perasmian Sukan Komanwel.
Ada juga cubaan untuk membunuh Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr.
Mahathir dengan membakar kediaman rasminya di Seri Perdana (lama). Nasib baik
polis sempat gagalkan semua cubaan tersebut, kalau tidak huru hara negara kita.
Malah, Anwar boleh hasut beribu-ribu orang untuk turun ke jalan raya
mempertahankan dirinya yang konon dianiayai kerajaan dalam kes dia meliwat
Saiful walaupun fakta menunjukkan DNA dari air mani Anwar ditemui sejauh 4 cm
dalam dubor Saiful.
Jadi penulis langsung tak pelik kalau Anwar boleh pengaruh satu orang
untuk buat kerja bodoh seperti melarikan pesawat, menghempaskan pesawat dan
yang seperti itu – penulis tak merujuk mana-mana kes secara spesifik.
Menunjukkan disitu, bukan kerajaan yang sembunyi rahsia tapi Anwar.
Kerajaan mana boleh sembunyi apa-apa maklumat, apatah lagi dalam
keadaan kes kehilangan MH370 ini sedang menjadi perhatian dunia. Kalau dakwa
media tempatan dikawal kerajaan, siapa pula yang boleh kawal media asing?
Kesimpulannya, Anwar sedang cakap merapu dan dakwaan kononnya kerajaan
tidak cekap menangani krisis ini hanyalah satu kenyataan politik, tidak lebih
dari itu.
Majoriti rakyat sekarang mahu pesawat tersebut dijumpai, bukan nak
lantik jurucakap baru. Cakap banyak tapi kalau pesawatnya tak jumpa-jumpa nak
buat apa?
No comments:
Post a Comment